Sunday, July 15, 2012

Kebenaran Tentang Cinta ...

Kecewa dalam bercinta ??? Benarlah kata pujangga.. "Sakit yang paling dasyat ialah mencintai seseorang , tetapi tidak berbalas. Ramai yang hancur hidupnya akibat cinta .

Jangan takut untuk kecewa. Kita kena sedar bahawa cinta Allah adalah cinta yang sejati. Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Setiap malam, Allah buat offer kepada sesiapa sahaja yang bangun meminta dengan-Nya. Mintalah apa saja. InsyaAllah Tuhan akan perkenankan. Mintalah walaupun dengan mengeluarkan air mata. Gunakan time offer yang Allah bagi tu. 

Jangan asyik berkata. Kenapa aku yang kena? Jangan nak label diri sebagai yang malang. Tapi yakinlah yang kita adalah antara insan yang terpilih. Terpilih untuk putus dengan cinta manusia tetapi akhirnya kita mengenal cinta Allah. Kadang-kadang kita manusia hanya akan mengenal Allah apabila kita ditimpa kegagalan, kesusahan, kemiskinan dan juga gagal dalam bercinta. Itulah ujian Allah kepada hambanya yang terplilih. Macam kita yang pernah mengalaminya. 
Jangan mengeluh dgn masalah. Jika kite merasa beban lebih BERAT drp yg lain, itu krn Allah melihat kite lebih KUAT dari yg lain.

Wallahualam ^^v


No comments:

Post a Comment